


PENGENALAN
Overflow bukan sekadar sebuah konferensi. Inilah pertemuan para penyembah daripada pelbagai gereja dan denominasi yang memiliki satu kerinduan, iaitu mengenal Yesus dengan lebih mendalam serta meningkatkan kualiti pelayanan digereja lokal masing-masing kerana kita percaya Tuhan layak menerima yang terbaik dari umat-Nya.
Sama ada anda seorang pemuzik, penyanyi, penari, pemimpin pujian dan penyembahan, atau sukarelawan dalam pelayanan kreatif, konferensi ini diwujudkan untuk menyegarkan roh anda, menguatkan panggilan Tuhan dalam hidup anda dan memperlengkapkan anda untuk melayani dengan lebih efektif.
Melalui firman Tuhan, sesi yang praktikal, sesi penyembahan yang menginspirasi, dan persekutuan bersama para penyembah daripada pelbagai latar belakang dan denominasi, kami percaya Tuhan akan memenuhi anda dengan hadiratNya supaya anda dapat kembali ke gereja masing masing dengan semangat yang baru, visi yang lebih jelas, dan hati yang melimpah dengan kasih Tuhan.
Kita tidak berkumpul untuk membina satu gereja atau satu pelayanan. Kita berkumpul untuk meluaskan Kerajaan Tuhan. Ini adalah suatu momentum, suatu kegerakan!
Datang dengan hati yang lapar dan haus akan Tuhan.
​
Alami pembaharuan dari Tuhan.​​
PEMBICARA

Pr. Ann Wan Kuan
Pastor-in-Charge of DUMC
Founder & Chairman of Komuniti Digital

Pr. Wagner Daniel
Lead Pastor, SIB Life
Person-in-Charge of Akademi Worship

Redo Daeng Badjie
Worship Leader
Song Writer & Production Professional

Erwinizan Mugit
Audio & Music Production Professional
Co-founder for Grace Music Publishing

Mario Ronald Tumewu
Professional Musician

Sandy Oey
Creative Director
Choreography & Performance Conceptor

JADUAL ACARA


BENGKEL KONFERENSI




Asah teknik vokal, tingkatkan keyakinan dan pelajari cara menggunakan suara dengan lebih berkesan dalam memimpin jemaat menyembah Tuhan.
Tingkatkan kemahiran muzik, pelajari teknik susunan lagu dan bina kesatuan dalam pasukan muzik untuk menghasilkan penyembahan yang lebih berkualiti.
Pelajari asas pengendalian audio, teknik live mixing dan cara menghasilkan bunyi yang jelas serta seimbang semasa ibadah penyembahan.
SURPRISE! 2 BENGKEL BAHARU!
(TEMPAT TERHAD)
Terokai teknik tarian kontemporari, kreativiti pergerakan dan cara mengekspresikan penyembahan melalui tarian yang penuh makna.

Ingin tahu bagaimana pasukan muzik menggunakan backing tracks, click tracks dan cues untuk penyembahan yang lebih tersusun?

Minat dalam videografi dan produksi kreatif? Belajar bagaimana menghasilkan Music Video yang menarik untuk pelayanan gereja!


Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam Worship Night di OVERFLOW Worship Conference 2026!
​
Penampilan khas, Jaclyn Victor!
​
MASUK PERCUMA & TERBUKA UNTUK SEMUA!
Tiada bayaran atau pendaftaran diperlukan!



T-shirt Rasmi Konferensi
*Diberikan bersama kit peserta

RANCANG PERJALANAN ANDA
​
Ke Sini dengan Pengangkutan Awam
Dream Centre
LRT
Stesen LRT terdekat ialah Asia Jaya ( 1.2 km berjalan kaki melalui pintu belakang Symphony). Dari stesen tersebut, anda boleh menaiki teksi atau salah satu bas pengantara berikut:
- PJ01/PJ02/780: Turun di hentian PJ278 DIGITAL MALL SEKSYEN 14.
- T786: Turun di hentian PJ278 DIGITAL MALL SEKSYEN 14 atau PJ277 SYMPHONY.
- T787: Turun di hentian PJ267 PLAZA 33.
​
Naik Grab/Uber/teksi
Tetapkan destinasi anda sebagai Dream Centre atau DUMC.​​​​
Maklumat Tempat Letak Kereta

​​
Dream Centre
Kawasan Letak Kereta DUMC Dream Centre
Tempat letak kereta percuma disediakan mengikut siapa cepat, dia dapat, dengan keutamaan diberikan kepada orang kurang upaya (OKU).
​
PJ 33 dan Plaza 33
Pintu sisi di bahagian belakang PJ 33 (berhampiran susur keluar) menghubungkan anda ke Symphony. Sila semak kadar bayaran dengan pihak pengurusan tempat letak kereta masing-masing.
Symphony
Tempat letak kereta tambahan tersedia di bangunan hitam yang terletak betul-betul di belakang Dream Centre. Pada hujung minggu, bayaran dikenakan bagi setiap kemasukan.
​
Laluan pejalan kaki di luar kawasan letak kereta menuju ke pintu yang menghubungkan anda ke gereja kami. Pintu ini dibuka pada waktu berikut:
7.00 pagi–11.00 malam (Waktu acara sahaja)
Pilihan Lain
Anda juga boleh menggunakan petak letak kereta awam yang disediakan di tepi jalan sekitar Dream Centre. Walau bagaimanapun, jumlahnya sangat terhad dan turut digunakan oleh orang lain di kawasan tersebut. Oleh itu, letakkan kenderaan hanya di petak yang ditetapkan dan jangan meletakkan kenderaan secara berlapis sehingga menghalang kenderaan lain!
Terdapat juga beberapa kawasan letak kereta terbuka di sekitar Dream Centre.
​
​

SOALAN LAZIM
1. Bolehkah saya mendaftar bersama satu kumpulan dari gereja saya?
Boleh. E-mel akademiworshipkd@gmail.com untuk mendapatkan bantuan pendaftaran kumpulan daripada Sekretariat.
​
2. Bolehkah saya mendaftar pada hari acara?
Ya. Pendaftaran di tempat acara (walk-in) dibuka dengan yuran RM150, tertakluk kepada kekosongan tempat. Kemasukan tidak dijamin.
​
3. Bagaimanakah saya membuat pembayaran?
Butiran pembayaran akan dihantar melalui e-mel selepas anda mengisi borang pendaftaran. Sila semak e-mel anda dan ikuti arahan untuk membuat pembayaran.
​
4. Bilakah pendaftaran saya disahkan?
Pendaftaran anda hanya disahkan selepas pembayaran berjaya diterima dan disahkan oleh Sekretariat. E-mel pengesahan berserta resit rasmi akan dihantar selepas semakan pembayaran.
​
5. Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu bengkel?
Anda disarankan memilih satu bengkel sahaja supaya dapat mengikuti latihan dengan lebih fokus.
​
6. Bolehkah saya menukar pilihan bengkel selepas mendaftar?
Sila hubungi Sekretariat secepat mungkin sebelum acara untuk mendapatkan bantuan menukar pilihan bengkel.
​
7. Bagaimanakah saya membetulkan maklumat pendaftaran?
Balas e-mel pengesahan pendaftaran anda atau e-mel akademiworshipkd@gmail.com dengan maklumat yang betul.
​
8. Adakah saya akan menerima T-shirt konferensi?
Ya. Peserta yang telah membuat bayaran penuh akan menerima T-shirt mengikut saiz yang dipilih dalam borang pendaftaran. Saiz yang tersedia ialah S hingga 3XL.
​
9. Adakah makanan disediakan?
Makanan hanya disediakan untuk peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran sebelum 9 November 2026.
​
10. Bagaimanakah saya memaklumkan alergi makanan?
Nyatakan alergi makanan dalam borang pendaftaran. Jika terdapat perubahan, e-mel akademiworshipkd@gmail.com.
​
11. Adakah tempat letak kereta tersedia?
Tempat letak kereta tersedia di dalam kawasan Dream Centre. Tempat letak kereta berbayar juga tersedia di Symphony dan bersebelahan pusat jualan kereta Honda. Terdapat pintu laluan di bahagian belakang Symphony untuk akses ke Dream Centre.
​
12. Adakah penginapan disediakan?
Penginapan tidak disediakan. Cadangan penginapan berdekatan akan dihantar melalui e-mel untuk membantu peserta merancang perjalanan.
​
13. Bolehkah saya membatalkan pendaftaran atau memindahkan tiket kepada orang lain?
Sila e-mel akademiworshipkd@gmail.com untuk mendapatkan bantuan berkenaan pembatalan, permohonan bayaran balik atau pemindahan tiket.
​
14. Adakah saya perlu mendaftar atau membayar untuk menghadiri sesi malam?
Tidak. Sesi malam terbuka kepada semua secara percuma. Tiada pendaftaran atau pembayaran diperlukan.
​
15. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?
Hubungi Sekretariat OVERFLOW Worship Conference melalui akademiworshipkd@gmail.com.
​
16. Apakah yang perlu saya bawa semasa mengambil kit peserta?
Sila tunjukkan kod QR yang diterima melalui e-mel semasa mendaftar masuk di kaunter pendaftaran. Pastikan anda menyimpan kod QR tersebut dan menyemak folder Spam/Junk sekiranya e-mel tidak ditemui.
​
​

.png)










